Thursday, February 3, 2011

CNY Cake

Kek ni dibuat time cuti CNY...so letak aje nama CNY cake...he..he..x sempat nak deco aper2 pun..kluar aje dari oven, terus diserbu oleh anak2 ibu...x sampai 1/2 jam dah tinggal separuh...insyaallah dilain masa ibu buat lagi...

Ready to oven

Fresh from the oven

1 cawan butter
1 cawan gula castor
6 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar fresh milk
1/4 cawan pekatan oren sunquick
*pekatan sunquick digunakan bagi menggantikan jus orange



Pukul butter+gula hingga kembang dan putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi
Ayak tepung bersama baking powder dan
masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan..
teruskan pukul sebati
Tambahkan fresh milk+oren sunquick
Kacau lagi...masukkan dalam loyang dan bakar

Note: boleh juga gunakan perahan +parutan kulit orange...

Friday, January 21, 2011

ROTI JALA

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil gula, sedikit garam
3 sudu kecil susu tepung/susu cair

Cara2:

Campurkan semua bahan di atas dan masukkan dalam blender.
Tuang dalam bekas, perap sekejap
Panaskan non-stick pan, lenserkan sedikit minyak dan bolehlah menjala...he..he..

Note: Pastikan bancuhan tepung tdk terlalu cair...nanti hasil jala yg tdk cantik..



Roti Jala versi original

Kuah roti jala-'kari ayam + kentang'


Roti Jala versi hijau-kuning...

Mudah dicuba...Sedap dirasa....heh..he...

Friday, January 7, 2011

acara makan2 ditahun baru

ini antara menu yg dihidangkan bersama mee kuah sup tulang semasa acara makan2 bersama keluarga mak su yg dtg ke rumah....


soft-sweet n sour...agar-agar laici...

AGAR-AGAR LAICI

Segenggam agar-agar dilarutkan bersama 2 cawan air
Gula secukup rasa
1/2 tin susu cair
1 tin laici buah diblender dan ditapis..(seratnya dibuang)

CARA2

Masak agar-agar bersama air..bila agar-agar larut tutup api dan tapis agar2 tersebut.
Masukkan semula ke dalam periuk dan masak lagi..tambahkan gula pasir..kacau

Setelah gula hancur masukkan pula laici yg diblender bersama airnya...biarkan ia mendidih baru masukkan susu cair..perlahankan api dan pastikan jgn kacau campuram tersebut biarkan ia menjadi seperti keladak...tutup api dan tuangkan perlahan2 kedalam bekas dan sejukkan dlm peti ais...



Donut lagi...dibuat atas permintaan kak long...mengidam nak makan donut


Marble cake...ni favourite si Zaim...

terima kasih kpd mak su dan keluarga kerana sudi datang...sambil menikmati juadah yg tdk seberapa...jgn serik dtg lagi ye!!

p/s: gambar tetamu sdg menikmati hidangan x sempat snap la plak...he..he...

Thursday, January 6, 2011

Mee Kuah Sup Tulang

Lama xder n3 baru...baru hari ni ada kelapangan utk masukkan resepi yang tertunggak ni..


Mee kuah sup ni disediakan khas atas permintaan mak su penang + family yang dtg bertandang ke rumah masa cuti tahun baru ...



Dihidangkan bersama telur rebus, tauhu goreng, bawang goreng, daun sup+bawang dan lebih enak bersama serbuk cili siam...perghhh


BAHAN2

2 bungkus mee kuning di celur dan ditoskan
1 kilo tulang daging direbus dgn menggunakan pressure cooker sehingga lembut

bhn utk kuah:

2 biji ubi keledek direbus dan diblender, 3 biji tomato diblender
3 sudu besar cili kisar (boleh ditambah lg jika nak lebih pedas)
2 labu bawang besar + 4 ulas bawang putih + 2 inci halia ===dikisar
1/3 botol sos cili , 1/3 botol sos tiram (botol saiz kecil)
1 ketul kiub sup tulang, sup bunjut, garam dan perasa/gula secukup rasa,
minyak utk menumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

bhn tambahan:
sayur sawi, kobis, celeri, bunga kobis, carrot, baby corn ===dipotong
fish ball dibelah 2 dan fish cake dipotong nipis2

CARA-CARA:

Panaskan minyak, tumis rempah menumis dan bahan2 kisar... masukkan pula cili kisar.Biar garing sedikit masukkan sos cili dan sos tiram. kacau...

Masukkan pula buah tomato dan ubi keledek kisar..masukkan tulang daging bersama air rebusannya sekali...tambah air mengikut kuantiti kuah yg diingini..

Tambahkan fish ball dan fish cake, sup bunjut, kiub sup tulang, garam dan perasa/gula..kacau dan biar ia mendidih sekejap...baru masukkan sayur-sayuran....biar masak dan tutupkan api

Friday, December 17, 2010

GULAI KETAM

Bahan-bahan:

5 ekor ketam saiz sederhana
1/2 biji nenas masak
1/2 labu bawang besar, 1 ulas bawang putih - dikisar
1 paket serbuk kari
sedikit serbuk kunyit, garam, perasa/gula
Sebatang serai-diketuk
2 cawan santan

Cara-cara:

Ketam dibersihkan dan ditoskan
Nenas dipotong kulit dan di hiris nipis2
Campurkan bahan kisar dan serbuk kari dengan sedikit air dan
masukkan ke dalam periuk bersama2 dgn serai yg diketuk dan panaskan perlahan-lahan.

*p/s tidak perlu tumis dgn minyak

Biarkan ia masak sekejap kemudian masukkan ketam dan kacau.
Masukkan pula santan, garam dan perasa/gula mengikut rasa...
Akhir sekali masukkan hirisan nenas..biarkan hingga ia masak dan angkat

Saturday, December 11, 2010

Banana! oh Banana!

Sebenarnya kuih berasaskan pisang ni hanya favourite ibu+anak2..tapi hubby pulak tak berapa suka pisang...so bila buat aje, jenuh la ibu yg kena menghabiskannya...hu..hu..


Bingka Pisang Kukus...

Siap di kukus....



Jemput2 pisang...antara kuih yg selalu dpt request anak2


BINGKA PISANG KUKUS

Bahan2:

4-5 biji pisang berangan
1/2 cawan butir sagu-direndam hingga kembang dan ditoskan
Gula secukup rasa, secubit garam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan susu cair

Cara2:

Pisang dilenyek atau diblender.

Masukkan gula, garam, tepung gandum, tepung beras dan susu cair...gaulkan sebati.
Pastikan adunan dalam keadaan agak lembik..jk keras boleh tambahkan sedikit lagi susu cair

Akhir sekali masukkan sagu dan kacau lagi...
Masukkan ke dlm loyang dan sedia untuk dikukus selama lebih kurang 25 min
Potong ketika ia sejuk.


Note: susu cair boleh digantikan dgn santan

Thursday, December 9, 2010

Menu for lunch...

Antara menu untuk hidangan tengahari...


Sotong goreng tepung...mmg best jk dimakan time panas2..rangup..kdg x sempat dimakan dgn nasi, abis diratah gitu aje...hehe

Udang goreng tepung...rangup dan sedap


Kangkung goreng belacan bersama udang


Ni yg paling bestt!! Sup tulang herba...


RESEPI SUP TULANG HERBA

Bahan2:

1 kg tulang daging/kalau ekor lg best

Bahan utk ditumis: Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga , hirisan halia,daun pandan, sup bunjut

Bahan utk dikisar, ditapis utk diambil airnya: s1 sudu besar jintan manis dan 1 sudu besar lada hitam

Bahan diblender: 1 labu bawang besar, 5 ulas bawang putih, 2 inci halia, 1 biji buah tomato masak

Minyak utk menumis, 3 sudu besar cili kering yg telah dikisar, 2 labu hirisan bawang merah,sedikit hirisan daun celeri, kiub sup tulang


Cara2:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yg perlu ditumis dan air tapisan jintan + lada hitam
2. Masukkan pula bahan kisar, biar garing sedikit dan tambahkan cili blender...kacau hingga ia naik bau.
3. Masukkan daging tadi, kacau supaya daging sebati dgn bhn tumis td.. biarkan seketika
4. Tambahkan air, garam, gula/perasa, kiub sup tulang
5. Rebus semuanya dalam periuk tekanan supaya daging cepat lembut..
6. Apabila daging sudah lembut...buka penutup periuk tekanan (biar sejuk sedikit baru dibuka..ini utk keselamatan)
7. Tambahkan hirisan bawang besar dan celeri..masak sekejap lg...kemudian baru tutup api..

note: Lagi byk hirisan bawang lagi sedap...