Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Friday, November 25, 2011

Apam Polka Dot

I'm back!! now wt new recipe...Apam Polka Dot!!!


This is my first try...ermm..hasilnya not so bad...



Blueberry filling...






Dot-dot on the top


















Gebusss...




APAM POLKA DOT.

Bahan2:
3 atau 4 biji telur (gred A)- dari peti sejuk
230g tepung gandum
230 gula halus
165ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Filling blueberry/stawbery atau chocholate
Pewarna merah, kuning

Cara2 membuatnya:

Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maxima sehingga kembang dan putih.

Masukkan tepung berselang seli dengan susu..tambahkan baking powder, ovalette dan esen vanilla..mix sebati

Bahagikan adunan kepada 2 adunan dan titiskan pewarna merah dan kuning berasingan

Masukkan adunan dlm piping bag dan picit adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).Letakkan blueberry filling dan tambahkan adunan hingga penuh.

Last sekali dot-dotkan dengan adunan yang berlainan warna di atasnya.
Kukuskan dengan api kecil selama 10-15 min.

* Pastikan kukus dgn api yg. kecil utk mendapat hasil yg lebih lembut dan gebu.
Baki apam yg x habis dimakan boleh disimpan di dlm bekas tertutup dan simpan dlm peti sejuk..kukus semula jika ingin apam ini kembali lembut dan gebu...

CUBA JGN TAK CUBA...

Monday, May 30, 2011

Sardin Roll

Recipe yg mudah dicuba + sedap dirasa...sardin roll ni ibu buat time makan petang...


Roti putih (Gardinier) yang dicanai nipis, dipotong bahagian tepinya, letakkan inti sardin dan digulung padat.
Sealkan tepinya dgn sedikit bancuhan tepung gandum.

Boleh gunakan sausage utk menggantikan inti sardin. Tapi sausage tadi digoreng sekejap bersama sedikit sos tiram.


Sardin roll yang telah sedia digoreng...rangup jika dimakan ketika panas...

Tuangkan sedikit sos dan mayonis di atasnya...eemmm...yummy!!!

Note: Recipe ni x yah guna bread crumb mcm sesetengah recipe yg lain...mcm ni pun ok gak, rangup dan x makan minyak...x caye cuba lerr...

Wednesday, May 4, 2011

Pulut Sekaya a.k.a Serimuka

Kuih Serimuka antara kuih yg mendapat undian tertinggi selain donut... Kuih ni selalu juga di buat coz kuih kegemaran hubby...







BahanA:
2 pot pulut direndam dan ditoskan
1 cawan santan dan secubit garam

Bahan B:
2 cawan air daun pandan(daun pandan diblender dan ditapis)
3 biji telur, 1 cawan susu cair/sejat
4 sudu besar gula, sedikit bancuhan tepung jagung (sbg pemekat)

Cara-cara:

Utk bahan A:
Pulut dibasuh dan ditos.Tambahkan santan+garam---kukus
* Saya x kukus tapi saya masak dalam rice cooker.
Bila masak, masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan padatkan.

Utk bahan B:
masukkan semua bahan-bahan B kedalam periuk dan panaskan hingga pekat...sambil kacau
*Pastikan sentiasa kacau utk mengelakkan ia hangus...
Bila sekaya pekat bolehlah tuangkan atas pulut tadi..biarkan ia sejuk spy mudah dipotong utk dihidang nanti..

Friday, January 21, 2011

ROTI JALA

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil gula, sedikit garam
3 sudu kecil susu tepung/susu cair

Cara2:

Campurkan semua bahan di atas dan masukkan dalam blender.
Tuang dalam bekas, perap sekejap
Panaskan non-stick pan, lenserkan sedikit minyak dan bolehlah menjala...he..he..

Note: Pastikan bancuhan tepung tdk terlalu cair...nanti hasil jala yg tdk cantik..



Roti Jala versi original

Kuah roti jala-'kari ayam + kentang'


Roti Jala versi hijau-kuning...

Mudah dicuba...Sedap dirasa....heh..he...

Saturday, December 11, 2010

Banana! oh Banana!

Sebenarnya kuih berasaskan pisang ni hanya favourite ibu+anak2..tapi hubby pulak tak berapa suka pisang...so bila buat aje, jenuh la ibu yg kena menghabiskannya...hu..hu..


Bingka Pisang Kukus...

Siap di kukus....



Jemput2 pisang...antara kuih yg selalu dpt request anak2


BINGKA PISANG KUKUS

Bahan2:

4-5 biji pisang berangan
1/2 cawan butir sagu-direndam hingga kembang dan ditoskan
Gula secukup rasa, secubit garam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan susu cair

Cara2:

Pisang dilenyek atau diblender.

Masukkan gula, garam, tepung gandum, tepung beras dan susu cair...gaulkan sebati.
Pastikan adunan dalam keadaan agak lembik..jk keras boleh tambahkan sedikit lagi susu cair

Akhir sekali masukkan sagu dan kacau lagi...
Masukkan ke dlm loyang dan sedia untuk dikukus selama lebih kurang 25 min
Potong ketika ia sejuk.


Note: susu cair boleh digantikan dgn santan

Wednesday, December 8, 2010

Edisi Donut vs Burger Malaysia

Donut adalah antara kuih yg selalu dibuat...coz anak2 suka sgt..terutama si zaim...selalunya ibu buat dalam 30 biji mmg x cukup...ibu dan ayah sempat mkn 2,3 biji aje...selebihnya semuanya utk diorang...x sempat ibu siap menggoreng, anak2 ibu dah menunggu dan x sabar2 nakkan donut ni...




donut yg ditapau utk di bawa balik kampung...





Burger Malaysia berinti sardin...



RESEPI DONUT.

Bahan2:

2 biji kentang saiz kecil
5g yis kering
1/3 cawan minyak jagung
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat manis
1 sudu teh garam, sedikit gula
600g tepung gandum (boleh ditambah jika doh masih lembik)

Cara2:

1. Rebus ubi kentang dan blender bersam 1/2 cawan air suam
2. Satukan yis, garam, gula, minyak jagung, susu dan ubi kentang...kacau sebati
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga doh menjadi lembut dan tidak melekit
4. Canai dan terap menggunakan acuan donut.
5. Biarkan hingga ia naik 2 kali ganda dari yg asal dan goreng hingga kekuningan
6. Gaulkan donut tadi bersama gula halus...


p/s: Utk burger malaysia--gunakan doh donut dan terapkan dgn acuan bulat...goreng...belah ditengahnya dan masukkan inti samada sambal bilis atau sardin bersama hirisan timun.