Friday, November 25, 2011

Apam Polka Dot

I'm back!! now wt new recipe...Apam Polka Dot!!!


This is my first try...ermm..hasilnya not so bad...



Blueberry filling...






Dot-dot on the top


















Gebusss...




APAM POLKA DOT.

Bahan2:
3 atau 4 biji telur (gred A)- dari peti sejuk
230g tepung gandum
230 gula halus
165ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Filling blueberry/stawbery atau chocholate
Pewarna merah, kuning

Cara2 membuatnya:

Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maxima sehingga kembang dan putih.

Masukkan tepung berselang seli dengan susu..tambahkan baking powder, ovalette dan esen vanilla..mix sebati

Bahagikan adunan kepada 2 adunan dan titiskan pewarna merah dan kuning berasingan

Masukkan adunan dlm piping bag dan picit adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).Letakkan blueberry filling dan tambahkan adunan hingga penuh.

Last sekali dot-dotkan dengan adunan yang berlainan warna di atasnya.
Kukuskan dengan api kecil selama 10-15 min.

* Pastikan kukus dgn api yg. kecil utk mendapat hasil yg lebih lembut dan gebu.
Baki apam yg x habis dimakan boleh disimpan di dlm bekas tertutup dan simpan dlm peti sejuk..kukus semula jika ingin apam ini kembali lembut dan gebu...

CUBA JGN TAK CUBA...

Saturday, June 4, 2011

Lasagna...

Resepi lasagna kali ini diubahsuai lagi mengikut selera tekak sendiri dan anak2...selalu makan lasagna kat Pizza Hut tapi anak2 ibu x suka sayur2 dia tu...mcm capsicum, mushroom dll, semua ni anak2 ibu x suka...just mkn lapisan lasagna aje..So terdetik dihati ibu nak belajar buat benda nih dan kalau boleh nak buat anak2 ibu mkn semua...alhamdulillah berhasil juge lasagna ibu- hubby dan anak2 pun suka...yummy kata Zaim hehe...

Ni antara bahan2 yg diperlukan...opps sori,ada bahan yg tertinggal ' fresh milk!!,butter,cheddar cheese'

Tabur Mozarella cheese...
Tabur Oregano powder...
Dah siap dibakar....Inilah hasilnya...
Emm..Yummy...


RESEPI LASAGNA.

Bahan A: Sos Merah (Sos sphageti)
Daging/Ayam cincang
Olive oil utk menumis
1/2 tin tomato puree (ibu guna pasta sauce Prego)
2 sudu sos cili
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 biji bawang putih dicincang halus
2 biji tomato-didadu
mushroom-ibu letak sikit coz anak2 x suka
capsicum didadu-yg ni ibu x letak anak2 x suka
sausage daging/ayam-dipotong nipis (yg ni sendiri tambah)
serbuk oregano, serbuk lada hitam,sedikit gula dan garam
Cara-cara
Tumis bawang putih dgn olive oil.
Masukkan daging/ayam cincang, masak hingga air kering
Masukkan pula sausage, bawang besar,tomato yg didadu, mushroom.
Tambahkan tomato puree dan sos cili
Masukkan sedikit serbuk lada hitam, oregano,secubit gula dan garam.
Kacau hingga kuah menjadi pekat.

Bahan B :Sos Putih
2 sudu tepung gandum dan sedikit air utk bancuhan
2 sudu butter
500ml fresh milk
2 keping cheddar cheese(boleh digantikan dgn fresh cream)
Cara-cara:
Masak mentega hingga cair,
Tambahkan fresh milk dan bancuhan tepung gandum(tapis spy x berketul)
Biar masak dlm 10 min.
Akhir sekali masukkan cheddar cheese.
Kacau hingga kuah pekat dan tutup api.

Bahan C:
Lasagna sheet (rebus dahulu dan toskan)
Grated cheese mozarella + cheddar cheese
Cara menyediakan:
Sediakan Casserol
Lapiskan lasagna sheet pada lapisan petama
Lapiskan pula sos merah pada lapisan kedua
Lapiskan sos putih dan taburkan juga cheesepada lapisan ketiga
Ulang ikut ketebalan yg kita suka..
*Pastikan lapisan yag paling atas mesti sos putih
Taburkan cheese di atasnya(lg byk cheese lg sedap)
Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 30min
Bila masak kulit lasagna mesti lembut..

Note: Boleh disimpan dlm peti ais, jika nak mkn, panas dlm microwave jap.

SeLaMaT MeNcuBa....


Monday, May 30, 2011

Sardin Roll

Recipe yg mudah dicuba + sedap dirasa...sardin roll ni ibu buat time makan petang...


Roti putih (Gardinier) yang dicanai nipis, dipotong bahagian tepinya, letakkan inti sardin dan digulung padat.
Sealkan tepinya dgn sedikit bancuhan tepung gandum.

Boleh gunakan sausage utk menggantikan inti sardin. Tapi sausage tadi digoreng sekejap bersama sedikit sos tiram.


Sardin roll yang telah sedia digoreng...rangup jika dimakan ketika panas...

Tuangkan sedikit sos dan mayonis di atasnya...eemmm...yummy!!!

Note: Recipe ni x yah guna bread crumb mcm sesetengah recipe yg lain...mcm ni pun ok gak, rangup dan x makan minyak...x caye cuba lerr...

Wednesday, May 4, 2011

Pulut Sekaya a.k.a Serimuka

Kuih Serimuka antara kuih yg mendapat undian tertinggi selain donut... Kuih ni selalu juga di buat coz kuih kegemaran hubby...







BahanA:
2 pot pulut direndam dan ditoskan
1 cawan santan dan secubit garam

Bahan B:
2 cawan air daun pandan(daun pandan diblender dan ditapis)
3 biji telur, 1 cawan susu cair/sejat
4 sudu besar gula, sedikit bancuhan tepung jagung (sbg pemekat)

Cara-cara:

Utk bahan A:
Pulut dibasuh dan ditos.Tambahkan santan+garam---kukus
* Saya x kukus tapi saya masak dalam rice cooker.
Bila masak, masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan padatkan.

Utk bahan B:
masukkan semua bahan-bahan B kedalam periuk dan panaskan hingga pekat...sambil kacau
*Pastikan sentiasa kacau utk mengelakkan ia hangus...
Bila sekaya pekat bolehlah tuangkan atas pulut tadi..biarkan ia sejuk spy mudah dipotong utk dihidang nanti..

Friday, April 8, 2011

Variety of Mee...layann...

Just a simple dinner to my family...


Mee favret anak2..mee sanggul or mee cina



Koey teow goreng....


Meehoon ...a.k.a beehun goreng

Mee Goreng...pun sodapp

Friday, March 18, 2011

macam2 ada...

Ini antara recipe time school break...ada lagi dan lagi..next time upload..ni dah kena penyakit malasss la...he..he..


Egg Roll
Fried Chicken...perghh

Rendang Daging.. (recipe MIL)...suka bangett!!



Bahan2
1/2 kilo daging,1 cawan santan,4 sudu besar kerisik
1 biji bawang besar,3 ulas bawang putih,2 inci halia--di blende
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, daun kari dan
1 batang serai dititik---ditumis dgn sedikit minyak.
2 sudu serbuk cili, 1 paket rempah kari daging,
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2:
Panaskan mniyak dan tumiskan bahan2 penumis hingga naik bau.
Masukkan serbuk cili dan serbuk rempah kari daging...kacau dan biarkan ia naik minyak
Masukkan daging dan gaulkan...tambahkan kerisik dan santan.biarkan daging empuk
Boleh tambahkan sedikit air jika daging tidak empuk..masak hingga kuah pekat.


***Rendang ini sedap juga dimakan bersama roti atau ketupat...


Kicap Ayam..

Thursday, February 3, 2011

CNY Cake

Kek ni dibuat time cuti CNY...so letak aje nama CNY cake...he..he..x sempat nak deco aper2 pun..kluar aje dari oven, terus diserbu oleh anak2 ibu...x sampai 1/2 jam dah tinggal separuh...insyaallah dilain masa ibu buat lagi...

Ready to oven

Fresh from the oven

1 cawan butter
1 cawan gula castor
6 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecil baking powder
2 sudu besar fresh milk
1/4 cawan pekatan oren sunquick
*pekatan sunquick digunakan bagi menggantikan jus orange



Pukul butter+gula hingga kembang dan putih
Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi
Ayak tepung bersama baking powder dan
masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan..
teruskan pukul sebati
Tambahkan fresh milk+oren sunquick
Kacau lagi...masukkan dalam loyang dan bakar

Note: boleh juga gunakan perahan +parutan kulit orange...

Friday, January 21, 2011

ROTI JALA

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil gula, sedikit garam
3 sudu kecil susu tepung/susu cair

Cara2:

Campurkan semua bahan di atas dan masukkan dalam blender.
Tuang dalam bekas, perap sekejap
Panaskan non-stick pan, lenserkan sedikit minyak dan bolehlah menjala...he..he..

Note: Pastikan bancuhan tepung tdk terlalu cair...nanti hasil jala yg tdk cantik..



Roti Jala versi original

Kuah roti jala-'kari ayam + kentang'


Roti Jala versi hijau-kuning...

Mudah dicuba...Sedap dirasa....heh..he...

Friday, January 7, 2011

acara makan2 ditahun baru

ini antara menu yg dihidangkan bersama mee kuah sup tulang semasa acara makan2 bersama keluarga mak su yg dtg ke rumah....


soft-sweet n sour...agar-agar laici...

AGAR-AGAR LAICI

Segenggam agar-agar dilarutkan bersama 2 cawan air
Gula secukup rasa
1/2 tin susu cair
1 tin laici buah diblender dan ditapis..(seratnya dibuang)

CARA2

Masak agar-agar bersama air..bila agar-agar larut tutup api dan tapis agar2 tersebut.
Masukkan semula ke dalam periuk dan masak lagi..tambahkan gula pasir..kacau

Setelah gula hancur masukkan pula laici yg diblender bersama airnya...biarkan ia mendidih baru masukkan susu cair..perlahankan api dan pastikan jgn kacau campuram tersebut biarkan ia menjadi seperti keladak...tutup api dan tuangkan perlahan2 kedalam bekas dan sejukkan dlm peti ais...



Donut lagi...dibuat atas permintaan kak long...mengidam nak makan donut


Marble cake...ni favourite si Zaim...

terima kasih kpd mak su dan keluarga kerana sudi datang...sambil menikmati juadah yg tdk seberapa...jgn serik dtg lagi ye!!

p/s: gambar tetamu sdg menikmati hidangan x sempat snap la plak...he..he...

Thursday, January 6, 2011

Mee Kuah Sup Tulang

Lama xder n3 baru...baru hari ni ada kelapangan utk masukkan resepi yang tertunggak ni..


Mee kuah sup ni disediakan khas atas permintaan mak su penang + family yang dtg bertandang ke rumah masa cuti tahun baru ...



Dihidangkan bersama telur rebus, tauhu goreng, bawang goreng, daun sup+bawang dan lebih enak bersama serbuk cili siam...perghhh


BAHAN2

2 bungkus mee kuning di celur dan ditoskan
1 kilo tulang daging direbus dgn menggunakan pressure cooker sehingga lembut

bhn utk kuah:

2 biji ubi keledek direbus dan diblender, 3 biji tomato diblender
3 sudu besar cili kisar (boleh ditambah lg jika nak lebih pedas)
2 labu bawang besar + 4 ulas bawang putih + 2 inci halia ===dikisar
1/3 botol sos cili , 1/3 botol sos tiram (botol saiz kecil)
1 ketul kiub sup tulang, sup bunjut, garam dan perasa/gula secukup rasa,
minyak utk menumis bersama kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

bhn tambahan:
sayur sawi, kobis, celeri, bunga kobis, carrot, baby corn ===dipotong
fish ball dibelah 2 dan fish cake dipotong nipis2

CARA-CARA:

Panaskan minyak, tumis rempah menumis dan bahan2 kisar... masukkan pula cili kisar.Biar garing sedikit masukkan sos cili dan sos tiram. kacau...

Masukkan pula buah tomato dan ubi keledek kisar..masukkan tulang daging bersama air rebusannya sekali...tambah air mengikut kuantiti kuah yg diingini..

Tambahkan fish ball dan fish cake, sup bunjut, kiub sup tulang, garam dan perasa/gula..kacau dan biar ia mendidih sekejap...baru masukkan sayur-sayuran....biar masak dan tutupkan api