BahanA:
2 pot pulut direndam dan ditoskan
1 cawan santan dan secubit garam
Bahan B:
2 cawan air daun pandan(daun pandan diblender dan ditapis)
3 biji telur, 1 cawan susu cair/sejat
4 sudu besar gula, sedikit bancuhan tepung jagung (sbg pemekat)
Cara-cara:
Utk bahan A:
Pulut dibasuh dan ditos.Tambahkan santan+garam---kukus
* Saya x kukus tapi saya masak dalam rice cooker.
Bila masak, masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan padatkan.
Utk bahan B:
masukkan semua bahan-bahan B kedalam periuk dan panaskan hingga pekat...sambil kacau
*Pastikan sentiasa kacau utk mengelakkan ia hangus...
Bila sekaya pekat bolehlah tuangkan atas pulut tadi..biarkan ia sejuk spy mudah dipotong utk dihidang nanti..
Selamat Mencuba...Yummy!!
ReplyDeletenampak sedap dan mudah pula, tak perlu dikukus. Nak try, thanks..
ReplyDeleteboleh try...my recipe yg diubahsuai spy lebih mudah tp rasanya sama aje mcm dikukus...sebelum ni sy kukus juga...masalahnya pulut tu kdg2 mentah...dan kaya pulak selalu lembik dan susah nak dipotong...
ReplyDelete