Cooking for Fun.. All the recipes here are tried and tested by me..ready to have any comments and suggestions...tq
Sunday, May 5, 2013
LAKSAM...LAKSE
Ha ni ada la nak tayang masakan yg baru di try kelmarin...LAKSAM...my peberet!! instead of laksa..dah jemu la laksa..OK jom layan..kasi tengok aje ler...he..he..
Slurrrp
Friday, August 3, 2012
My Iftar 2012
Friday, February 10, 2012
Resepi pembuka tirai 2012
Hanya kek biasa yg selalu dibuat,,..coz anak2 mmg suka jenis ini aje..icing diarong x nak!!!
Friday, November 25, 2011
Apam Polka Dot
Blueberry filling...
Gebusss...
APAM POLKA DOT.
Bahan2:
3 atau 4 biji telur (gred A)- dari peti sejuk
230g tepung gandum
230 gula halus
165ml susu segar/susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh ovalette
1 sudu teh esen vanilla
Filling blueberry/stawbery atau chocholate
Pewarna merah, kuning
Cara2 membuatnya:
Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maxima sehingga kembang dan putih.
Masukkan tepung berselang seli dengan susu..tambahkan baking powder, ovalette dan esen vanilla..mix sebati
Bahagikan adunan kepada 2 adunan dan titiskan pewarna merah dan kuning berasingan
Masukkan adunan dlm piping bag dan picit adunan ke dalam mangkuk kertas (separuh sahaja).Letakkan blueberry filling dan tambahkan adunan hingga penuh.
Last sekali dot-dotkan dengan adunan yang berlainan warna di atasnya.
Kukuskan dengan api kecil selama 10-15 min.
* Pastikan kukus dgn api yg. kecil utk mendapat hasil yg lebih lembut dan gebu.
Baki apam yg x habis dimakan boleh disimpan di dlm bekas tertutup dan simpan dlm peti sejuk..kukus semula jika ingin apam ini kembali lembut dan gebu...
CUBA JGN TAK CUBA...
Saturday, June 4, 2011
Lasagna...
Masukkan daging/ayam cincang, masak hingga air kering
Masukkan pula sausage, bawang besar,tomato yg didadu, mushroom.
Tambahkan tomato puree dan sos cili
Masukkan sedikit serbuk lada hitam, oregano,secubit gula dan garam.
Kacau hingga kuah menjadi pekat.
Tambahkan fresh milk dan bancuhan tepung gandum(tapis spy x berketul)
Biar masak dlm 10 min.
Kacau hingga kuah pekat dan tutup api.
Bahan C:
Grated cheese mozarella + cheddar cheese
Monday, May 30, 2011
Sardin Roll
Roti putih (Gardinier) yang dicanai nipis, dipotong bahagian tepinya, letakkan inti sardin dan digulung padat.
Boleh gunakan sausage utk menggantikan inti sardin. Tapi sausage tadi digoreng sekejap bersama sedikit sos tiram.
Note: Recipe ni x yah guna bread crumb mcm sesetengah recipe yg lain...mcm ni pun ok gak, rangup dan x makan minyak...x caye cuba lerr...
Sealkan tepinya dgn sedikit bancuhan tepung gandum.
Sardin roll yang telah sedia digoreng...rangup jika dimakan ketika panas...
Tuangkan sedikit sos dan mayonis di atasnya...eemmm...yummy!!!
Wednesday, May 4, 2011
Pulut Sekaya a.k.a Serimuka
BahanA:
2 pot pulut direndam dan ditoskan
1 cawan santan dan secubit garam
Bahan B:
2 cawan air daun pandan(daun pandan diblender dan ditapis)
3 biji telur, 1 cawan susu cair/sejat
4 sudu besar gula, sedikit bancuhan tepung jagung (sbg pemekat)
Cara-cara:
Utk bahan A:
Pulut dibasuh dan ditos.Tambahkan santan+garam---kukus
* Saya x kukus tapi saya masak dalam rice cooker.
Bila masak, masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan padatkan.
Utk bahan B:
masukkan semua bahan-bahan B kedalam periuk dan panaskan hingga pekat...sambil kacau
*Pastikan sentiasa kacau utk mengelakkan ia hangus...
Bila sekaya pekat bolehlah tuangkan atas pulut tadi..biarkan ia sejuk spy mudah dipotong utk dihidang nanti..